bahasa hikmah Allah
Bismillahirrahmanirrahim
Allah, keluarkan segala syaitan yang berada dalam diri, yang berlegar-legar di sekeliling
Jauhkan makhluk-makhlukMu itu dariku
Allah, singkirkan sifat-sifat mazmumah yang masih melekat pada jiwaku
Sejak kelmarin, semalam dan hari ini..jujurnya hati tidak tenang
Entah apa yang sedang Allah rancang
Hanya beberapa saat sebelum melangkah kaki keluar dari bilik untuk menuju ke kelas..
Saya dapat berita itu. Dengan izin dan kuasa Allah.
Sedang cuba membaca bahasa hikmah Allah.
Allah, bimbing kami.
Hari ini saya dapat warkah dari seorang sahabat.
Kelihatan sepertinya, seperti sama.
Jazakillahu khair.
Moga ada manfaat untuk kita semua.
Hari ini hari selasa, 30 Mac 2010..
The mourning day..
Lagi beberapa jam akan cukup sehari selepas the bombing.
Nadi ini masih berdenyut
Proses inhalation dan exhalation masih berlaku seperti normal
Sesungguhnya saya tak tahu nak berperasaan bagaimana
Takut? Tidak.. bukan itu yg saya rasa.
Gembira? Bukan itu juga yang saya rasa.
Relieve? Tidak juga
Tapi.. perasaan ini terlalu bercampur aduk..
Pada 28 hb, saya menaiki metro.
Sewaktu itu otak saya ligat berputar, berfikir tentang kehidupan
Kehidupan yang terlalu banyak warnanya,
Terlalu banyak melibatkan emosi
Terlalu banyak melibatkan komitmen,
Dan apabila ada komitmen.. pasti ada pengorbanan.
Saya tak tahu…
Its actually a series of events
Ketika dalam metro tersebut, di hadapan saya duduknya seorang wanita tua,
Yang sedang tekun..
Sepertimana yang biasa kita lihat, Muscovite sering tekun membaca dlm metro..
Namun, kali ini, dia bukan tekun membaca
Tapi tekun memotong kain
Tak pasti kain apa.. mungkin seluar, mungkin baju.. dia menggunakan gunting, yang sangat2 tumpul.. terfikir, kalau saya, sure dah give up da tu. Cari je gunting lain.. banyak lagi gunting yang boleh didapati.. kalau bukan saya punya, saya boleh pinjam dari orang lain. Tapi tidak bagi dia.
Tidak… Dia tak punya pilihan. Itu saja gunting yang dia ada. Dan kenapa perlu sangat dia gunting cebisan kain tersebut ? Oh, rupa-rupanya kakinya kesejukan. Dia telah menanggalkan bootnya yang mungkin telah basah lencun dek kerana salji yang telah mencair dan menyebabkan seluruh jalan lecak. Lalu, kain yang telah digunting dgn bersusah payah tersebut disarungkan ke kakinya.. Kemudian dipotong lagi kain tersebut utk kaki yang satu lagi. Entah dari mana dia dapat kain itu.. saya pun tak tahu. Tapi di situ ada 2-3 helai baju yang kusam2 dilonggokkan sekali. Kelihatan seperti kain2 tersebut adalah kain terbuang yang dikutipnya. Proses menggunting itu pun nampak terlalu sukar. Kerana gunting tersebut sungguh2 tumpul ! namun dia tetap meneruskan pekerjaannya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Saya memerhati setiap gerak gerinya, setiap keadaannya. Ikutkan hati, mahu sahaja pergi dari situ kerana baunya yang kurang menyenangkan. Ikutkan hati mahu sahaja tutup mata. Tapi.. hati saya.. saya tak tahu mahu berperasaan bagaimana. Di sebalik rasa kurang senang tersebut, terselit rasa kasihan. Terselit 1001 kesyukuran atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada saya.. Yang mungkin telah saya abaikan dan tidak syukuri.
Perempuan itu bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupannya. Despite of keadaannya yang mungkin homeless, tak punya apa2..
Sedangkan saya? Saya pernah berharap agar nyawa saya diambil, dan tempat saya yang punya segala macam nikmat ini diberikan kepada seseorang yang akan lebih menghargainya.. Astaghfirullahal’azim.. Na’uzubillahiminzalik. Saya pernah meminta agar orang2 miskin tersebut mengambil tempat saya, kerana mungkin mereka lebih menghargainya. Tapi, adakah benar saya akan lebih bersyukur sekiranya saya berada di tempat mereka? Saya tak pernah tahu. Dan ketika melihat nenek tersebut mungkin hati saya sendiri berdoa agar tidak jatuh kepada keadaan seperti nenek tersebut. Tapi, walau macammana pun…
“ Setiap keadaan yang Allah berikan kepada kita, adalah yang terbaik buat diri kita supaya kita lebih dekat kepada Dia. Mungkin kalau diberikan sesuatu ujian yang lebih berat kepada seseorang itu, dia tidak akan mampu memikulnya lalu membunuh diri.”
Wallahua’lam. Saya tak pernah tahu apa yang Allah takdirkan utk saya selepas ini. Tapi, saya tahu bahawa Allah itu maha penyayang. Dia takkan menzalimi hamba-hambaNya. Pengeboman itu juga tidak akan berlaku tanpa keizinanNya. Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Dia telah mentakdirkan atas ilmuNya bahawa train tersebut meletup. Dan Dia telah takdirkan bahawa tiada seorang pun pelajar malaysia yang terkorban dalam insiden tersebut. Boleh jadi sahaja seorang dari kami terkorban, dan boleh jadi sahaja utk saya sendiri terkorban. Namun, Allah telah tetapkan. Belum sampai masanya. Dia masih lagi memberikan peluang utk kita hidup, utk kita pulang kepadaNya.
Ya, kehidupan itu adalah sesuatu yang amat singkat. Life is short! Jadi bagaimana kita memanfaatkannya? Adakah telah kita gunakan ni’mat yg diberi dengan sebaiknya? Ataukah kita kufur ni’mat? Diberi peluang utk belajar, diberikan duit utk dibelanjakan, tempat tinggal yang selesa, makan minum yang terjaga, pakaian yang memelihara tubuh dari kesejukan, kesihatan utk melaksanakan perintahNya.. (tidak seperti nenek yang terpaksa bersusah payah utk teruskan kehidupan tersebut) Bagaimanakah kita manfaatkan ni’mat2 tersebut? Adakah kita bersyukur? Adakah kita telah manifestasikan kesyukuran tersebut?? Adakah kita masih lagi mahu meneruskan kehidupan seperti biasa yang lalai dari mengingatiNya? Adakah telah cukup bekalan kita untuk ke sana? Adakah kematian itu boleh dielakkan apabila Dia telah tuliskan waktu dan tempatnya bagi ajal menjelma? Sedangkan ketika tidur mahupun makan, mahupun minum, nyawa kita boleh diambil. Tak perlu letupan.. Cukup dengan perintah Allah. Kun, fayakun! Maka nyawa kita akan pergi… Di saat itu, penyesalan sudah tidak bermakna lagi. Di saat itu, pintalah walau sebagaimanapun, namun kita tetap tidak akan dapat pulang kepada kehidupan utk membetulkan kembali kesilapan2 kita. Mahukah kita menjadi seseorang yang begitu? Mahukah kita utk menghadap mahkamah pembicaraan dgn keadaan yang sebegini? Yang masih banyak jahiliyahnya, masih banyak dosanya, masih banyak buruk sangkanya, ujubnya, takabburnya… Mahukah?? dan juga.. masih banyak lagi haq dan tanggungjawab yang belum kita tunaikan. Mahukah nanti kita dipersoalkan atas segala tanggungjawab2 tersebut sedangkan kita terkapai2 mencari alasan yang tidak mungkin utk diterima. Mahu menipu yang maha tahu? Lucunya… lucunya keadaan seorang hamba yang begitu.
Allah, segala kejadian itu dengan keizinanMu.
Allah, ajari kami bahasa hikmahMu.
8 comments
Permalink1
salam kaknazihah..huhu..
jazakillah atas pencerahan..sedikit sbyk bg tmparan dan kesedaran..
huhu..
really mnsia itu sering kali x bsyukur..
jzkk again..
take care akk..
doakn yg terbaek utk kite sume..iA..ameen3x..=)
Permalink2
hemmmmmmmmmmm…bahasa hikmah ..hanya yg terpilih saja dpt mengerti…. subhanallah
Permalink3
“Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[ath-Thalaaq 65:3]
Oh Allah yang Maha Penyayang, leraikan kami dr keluh kesah yg membelenggu jiwa dan fikiran, ditambah juga hasutan syaitan. Kurniakan kami ketabahan, singkapkan kami hikmah segala ketentuan, moga sinar-Mu berikan pedoman, hanya pada-Mu sgl ketetapan. ^___^
Permalink4
salam wan, nmpknye kita naik gerabak yg sma, cuma mase berbeza krn sy jugak jumpa nenek yg dok gunting baju tu setelah balik dr jumpa adik2..huhu…xsangka sy semalam baru naik train, hr ni dgr train dibom…time tu baru jer bgun dr ketiduran dan keletihan yg amat sgt…made me think, i was falling in a very deep sleep while there was somethng BIG hapened on de other side of de world!..astagfirullah..
Permalink5
jazakillah, kak wan! <3
sharing dan peringatan yg sgt menyentuh hati, and right-timing juga…
Permalink6
salam wrt ukhty habibati,
jazakillah utk pencerahan,
alhamdulillah3x…
ketika terdgr berita itu,hati ini mula mengingati wajah2 antum satu persatu..
subhanallah,susunan Allah itu sgt cantik..antum semua slmt dibwh payung rahmat ilahi..heee=p..moga letupan itu menjadi lambang letupan semakin kuatnya da’wah, tarbiyyah di moscow perlu digerakkan dan bg kami juga di volgo iA..maka perlu kerja kuat=)
akhawat kan kuat(~_*)
wan,
tabah yea??Allah masih memelihara antum spy antum juga memelihara benda yg lebih besar disana..optimis dgn Allah=p
ala bizikrillahi to’t mainnul qulub..smga enti kembali tenang spt mana ana mlht wajah enti kebiasaanya..yg tak pernah pudar dgn cahaya *blink2=)=)
moga kita bertemu dlm doa rabitah kita,
slm rindu dr volgo=)
Permalink7
wah saksikan kejiwangan kak wadah!
bila nk dtg volgo ni?
Permalink8
subhanallah3x…bahasa Allah yg sgt2 mengejutkn yg terlena
jazakillah ats peringatan..
dr jauh doa kami di dublin utk sisters Russia..
moga antunna dlm lindungan dan rahmatnya..