Saturday, February 13, 2010

sebelum tidur

bismillah

sebelum tidur,

mohon ampunanNya.

perbaharui niat.

pastikan kita tidak ragu-ragu denganNya

sebelum tidur,

minta maaf. dan maafkan semua.

sekarang,

tidurlah dengan hati yang tenang.

berlapang dadalah.

jangan sangka yang bukan-bukan pada Allah

pada diri sendiri

dan pada mereka semua.

Subhanallah!

Tuesday, February 9, 2010

tawar hati..?

bismillah.

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

biar namaNya memenuhi tiap rongga jiwa. hati kita.

setelah kita merasakan, betapa peritnya perasaan jauh dariNya.

pernah rasakan?

suatu perasaan : jauh dari Tuhan

hingga mungkin ada yang hampir, teramat hampir, putus asa dari rahmat Tuhan

ketika itu,

baru kita rasakan nikmatnya berTuhan

tatkala mereka tidak punya apa-apa

tidak punya siapa-siapa

untuk dijadikan sandaran

ketika itu,

kita sedar,

kita ada Allah sebagai sebaik-baik pelindung, sebaik-baik penolong

betul kan?

menangislah kerana kita yang tidak mampu menangis.

biarkan air mata itu membasahi hati

yang semakin hari semakin keras

yang semakin hari semakin degil

moga air mata itu menjadi saksi

satu jiwa yang teramat sangat ingin akrab dengan Tuhan

moga jiwa itu Allah lindung di mahkamah sana nanti

pesan yang mungkin sudah biasa

tetapi tidak rugi untuk kita sama-sama ulang kembali

kerana peringatan itu bermanfaat bagi jiwa-jiwa yang mahu beriman kepada Tuhannya

kembali pada Allah.

saya tidak pandai menulis, tetapi saya mahu berkongsi rasa

betapa saya sering melupakan ini :

Jangan sesekali kufuri nikmat ISLAM, IMAN yang Allah beri

hm..bukannya apa..cuma..

takpelah..nanti-nantilah, perlukan masa

jika kita mampu untuk jamin bahawa saat berikutnya masih ada untuk kita

silakan.tunggu dan nantikan lagi.

tidak ada siapa-siapa yang rugi.

melainkan kita juga.

boleh jamin?

kematian tidak akan dipercepat mahupun dilambatkan barang sesaat.
ingat itu.

terutamanya diri saya, sila ingat itu.

dan, jangan lupa juga..

dalam menghadapi diri sendiri juga menuntut kesabaran yang luar biasa.

doakan kita sama-sama sabar.