definisi gembiraku

” Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya.. ” (Al-Fussilat 41 : 49)

” Dan apabila Kami memberi suatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa..” (Ar-Rum 30 : 36)

saya kelu. terdiam.
ayat yang ‘menampar’ pipi saya.

saya bukan seorang yang memiliki ilmu yang banyak.
sedikit cuma, ilmu yang saya ada.
masih bertatih, selangkah demi selangkah..
untuk memahami message dariNya, melalui al-Quran..
izinkan saya, untuk berkongsi apa yang saya fahami..

andai benar, sama-sama kita manfaatkan..kebenaran itu dariNya
andai tersalah, nasihati saya, dan tunjukkan jalan pada saya..kelemahan saya sebagai makhluk yang amat kerdil..

*************************************************************************************

Mari kita sama-sama renungkan kembali firmanNya..

Surah Al-Ikhlas

Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Surah Al-Falaq

Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh. Dari kejahatan makhlukNya. Dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.

Surah An-Naas

Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi. Yang biasa membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari golongan jin dan manusia.

tampak biasa, mungkin.
mungkin, ada kalanya kita bagaikan sudah ‘immune‘ pada ketiga-tiga surah di atas.
perkataan “3 qul”, sudah kedengaran biasa.
hingga kadangkala kita tidak sedar, kelakuan kita menggambarkan, message Allah dalam ayat-ayat ni, seolah-olah tidak meresap ke dalam hati.
sekadar menjadi perkataan-perkataan yang ditutur dengan mulut, tanpa memahaminya.
seolah-olah kita tidak endah dengan apa yang hendak disampaikanNya.

izinkan saya
memperingatkan kembali diri saya sendiri, memperingatkan kembali kita semua..
kita manusia. mudah lalai. mudah lupa. mudah leka.

muhasabah diri.
sejauhmanakah kita mengenali Allah?

Ya, kita mengaku Allah itu Maha Esa.
tidak ada selainNya. tidak ada yang setanding denganNya.

Ya, kita mengaku Allah itu pelindung kita.
Pelindung kita dari segala bentuk kejahatan.
Pelindung kita dari gangguan syaitan.
Kenapa?
Kerana kita percaya Allah yang mencipta segala-galanya.
maka, Allah jualah yang berkuasa atas segala-galanya.

tapi..
benarkah kita benar-benar mengesakan Allah?
benarkah kita benar-benar menjadikan Allah sebagai pelindung kita?

bila mana kita disajikan dengan nikmat dunia..
kita terlupa, tanpa sedar kita tidak mengesakan Allah
kita mengutamakan kemahuan diri kita, dari mengutamakan Allah
kita ketepikan sebentar, kehendak Allah, demi memenuhi kehendak kita
kita terlupa, sebentar tadi, kita telah membuat pengakuan, bahawa Allah itu Esa..

bilamana kita dihadiahkan ujian dariNya
kita terlupa, tanpa sedar kita tidak menjadikan Allah sebagai pelindung kita
kita menggelupur..ah..bagaimana?!
kita cemas.kita takut.kita hilang arah tujuan.
berlari ke sana ke mari, mencari bantuan-bantuan selainNya.
hampir putus asa. harapan jadi sifar. memberontak.
kita terlupa, untuk memohon perlindunganNya..
kita terlupa, Allah yang berkuasa atas segalaNya..

**************************************************************************************

“ala..nak buat macammana..syaitan yang hasut!”
bukan sekali dua jawapan yang sama diterima.
saya diam. cuba memahami. pernah suatu masa, jawapan itu juga adalah jawapan saya.

sahabat-sahabat yang saya kasihi,

Mari kita ingat kembali..siapa sebenarnya syaitan?

“Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala..” (35 : 6)

Mari kita ingat kembali.. janji syaitan pada Allah..

” Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. ” (7:16-17)

Mari kita ingat kembali..tips yang Allah beri pada kita..

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui” (41:36)

Mari kita ingat kembali..jaminan Allah buat kita..

“..sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu (syaitan) tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga” (17:65)

maka..
jadilah HAMBA ALLAH..yang sebenar-benarnya..
jadilah HAMBA ALLAH..yang taat pada tuannya..
kita adalah HAMBA..Allah adalah TUAN kita..

**************************************************************************************


au’zubillahi minassyaitonirrajim
aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang terkutuk

bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

pernah suatu masa
definisi gembiraku
meluangkan segala waktu
demi memenuhi keinginanku
entah
aku sangka aku gembira
tanpa sedar
jiwaku derita

ah..lupakan saja..
itu definisi gembiraku, suatu masa dulu

kini,
definisi gembiraku
mengenali cinta Penciptaku..

ya muqallibal qulub,
tsabit qalbi ‘ala dinik wa’ala tho’atik..

**************************************************************************************