penyesalan..?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu.
Di kala hati berbolak-balik diuji dengan ujian sehari-hari, masih berusaha untuk kembali padaNya.
Ya Allah, jangan palingkan hatiku dari kebenaran, setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku..

****************************************************************************************

“Hm..lagi satu markah je untuk dapat avtomat (lulus tanpa menduduki final exam)..Sayangnya..”
Muhasabah kembali, saya perlu melipat gandakan usaha. Saya perlu memperbaiki kelemahan. Menyesal atau tidak, itu bukan menjadi persoalan sebenarnya..

Bagaikan ada chemistry, saya menoleh pada sahabat di sebelah, seolah-olah kami sedang memikirkan perkara yang sama..

” Sekarang, kalau tak cukup points, kita masih ada peluang untuk memperbaiki mana yang kurang, masih ada peluang untuk dapat keputusan terbaik masa final exam nanti..Menyesal, if only I work harder.. Tapi..”

” Kalau kat sana nanti, kita tak cukup ‘points’ yang melayakkan kita masuk syurga, kita takleh nak patah balik dah. Nak menyesal pun tak guna. Dah takde peluang untuk taat, untuk buat baik..” saya mencelah.

Sangat cantik aturanNya, saya baru mentadabur ayat di dalam surah an-Nur..25:27-29

” Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, “Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku), sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (al-Quran) ketika (al-Quran) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang pengkhianat manusia.”

Ya Allah, aku hanya mampu berusaha semampuku.
Ketentuan itu milikMu..
Dengan rahmat dan kasih sayangMu..

Kerana itu, saat ini, kejarlah cintaNya sedaya kita..

**************************************************************************************

Alhamdulillah ada kelapangan masa yang diberikanNya untuk melakukan sedikit revision sebagai persediaan menghadapi final exam semester ini..

Sedang leka membaca, tiba-tiba saya terfikirkan sesuatu..

Semasa saya membaca material yang sama sebelum ini, agak sukar untuk saya memahami topik-topik yang diajar. Sukar untuk mengaitkannya antara satu sama lain. Tetapi kali ini, tidak terlalu sukar buat saya, kerana saya dapat membayangkan apa yang bakal diperkatakan dalam topik-topik yang seterusnya, dan dapat mengaitkan aplikasinya, dalam membantu untuk memahami material-material yang seterusnya.

Terus saya teringatkan Muqadimah Fi Zilalil Quran (Hidup Di bawah Bayangan Al Quran) karangan Asy-Syahid Sayyid Qutub..Di dalam muqadimahnya, dijelaskan apa yang cuba disampaikan di dalam tafsirnya, agar para pembaca sentiasa dapat mengaitkan point-point yang disampaikan..Memudahkan kita untuk memahami apa yang cuba disampaikan secara keseluruhannya..

Al-Quran..saya suka dengan analogi, bagai suatu puzzle.
Setiap ayat di dalamnya adalah kepingan puzzle yang perlu kita cantumkan agar mendapat suatu gambaran yang jelas dan nyata..

Kadang2 sebak. Memikirkan diri yang masih belum menjadikan Al Quran itu panduan yang sebenar-benarnya.

**************************************************************************************

“Hari ni saya rasa tak best. Rasa cam ada war kat dalam diri sendiri. Hari ni rasa macam jahat sangat.”

Adakalanya diuji dalam bentuk yang sebegini. Adakalanya dibayangi kesalahan-kesalahan hari semalam, ada masanya seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang telah terjadi. Hampir berputus asa untuk meneruskan usaha memperbaiki diri, kerana gagal menghapuskan sisa-sisa jahiliyah sepenuhnya. Na’uzubillah minzalik..

Kadang2 takut. Rasa tidak layak, tidak terpilih untuk meneruskan usaha ini.

Rasa tidak layak itu perlu, tetapi apabila rasa tidak layak itu membawa sehingga kita meninggalkan kebenaran, hati-hati..itu strategi musuh kita, yang tidak pernah henti-henti cuba menyesatkan manusia..

Saya membuka Inbox messages, tersimpan satu message dari seorang sister [yang saya sayangi.. :) ], yang tidak jemu memberikan cebisan demi cebisan nasihat buat diri yang terlalu banyak kelemahan ini..

Allah knows what’s the best for us. Yakin dengan seyakinnya terhadap qadar Allah. And ingat yang syaitan pandai melemahkan kita. dia buat kita rasa nak quit dengan membuatkan kita rasa tak layak. hinggakan kita rasa memang betul tak layak n rasa macam the right decision is quit. tu kerja syaitan. so kuatkan hati n doa banyak2 supaya Allah teguhkan hati kita. supaya kita tak rasa don and inferior. Allah takkan bebankan kita dengan yang kita tak mampu.”

*************************************************************************************

Tiga situasi yang berbeza, tetapi memberi pengajaran yang tersendiri.
Terlalu banyak yang saya fikirkan, terasa seperti ingin memberitahu segala-galanya.
Teringat, suatu hari pernah saya berbual dengan abang saya..

Akak tak rasa ke perempuan ni kan, kalau ada apa2, mesti rasa nak gak cerita kat seseorang. Pastu kalau laki lain pulak, selalunya diam jah, tapi cari alternatif lain. Macam pergi main game, pancing ikan ke, buat apa2lah..untuk kind of releasekan stress tu”

“Ye ke?Entahlah..tak perasan pulak..huhu”, balas saya ringkas.

Ketepikan soal lelaki atau perempuan.
Manusia, fitrahnya memang lemah.. Ya, bila ujian demi ujian yang diberi sehari-hari, adakalanya kita rasa tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri. Terasa ingin diceritakan segala-galanya.

Soalnya, pada siapa?

Ia subjektif. Terpulang pada masing-masing. Tetapi, yang ingin saya katakan..

Jangan lupa Allah itu ada. Jangan lupa Allah itu satu-satunya tempat kita mohon pertolongan dan perlindungan. Jangan lupa Allah itu Maha Mengetahui. Jangan lupa Allah sentiasa menantikan kita memanggil namaNya. Allah itu yang utama..

Selepas itu, terpulang pada kita, untuk menceritakan atau tidak pada sesama kita, jika ya, sebagai salah satu usaha kita untuk memperbaiki keadaan..bukan untuk berkeluh kesah..kerana berkeluh kesah takkan dapat menghilangkan kesedihan..malah menambahkan penderitaan..

Ceritakan segalanya pada Allah, walau sebenarnya Allah tahu. Allah mahukan kita meminta dariNya. Jangan raguiNya. Jangan sesekali raguiNya.