Sunday, December 28, 2008

demi sebuah kerinduan

demi sebuah kerinduan,
luahan ini kuluahkan,
bingkisan ini kubingkiskan,
coretan ini kucoretkan..

hampir tidak sedar
lebih sedekad berlalu
melewati hari-hari tanpamu
ada masa berduka
ada masa gembira
ada masa menangis
ada masa tersenyum
ada masa tertawa
ah, aku terlupa, aku ini manusia
kadang aku terlupa, aku seorang hamba..

melewati hari-hari itu
syukur, tidak berasa kekurangan
lantaran Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
melimpahkan kasih dan sayangNya
mengurniakan insan istimewa
dialah ibu, dialah bapa
sejak pulangnya dirimu
kembali menemui pemilikmu

aku ini manusia biasa
punya hati, ada rasa
rindu dan cinta kurniaanNya..

aku tidak mampu untuk mengingati
sungguh, aku cuba untuk mengenali
kuingat cuma,
tatkala membangunkan anak kecilmu ini dari tidur,
tatkala memimpin anak kecilmu ini untuk sujud padaNya,
tatkala sujud, anak kecilmu masih berdiri, ah..mengantuknya!
sabarnya melayani kerenahku, anak kecilmu..

aku tidak mampu untuk mengingati
sungguh, aku cuba untuk mengenali
kuingat cuma,
tatkala terbaring lemah, sedikit bicara..
tatkala masih mampu tersenyum, mengubat hati zuriat2 amanah untukmu..
tatkala salam terakhir meniti di bibirmu..

aku tidak mampu untuk mengingati
sungguh, aku cuba untuk mengenali,
kuingat cuma,
sekujur tubuh..
yang tertutup matanya..
yang tiada lagi bicaranya..
yang nyawa pinjaman itu kembali diambil oleh pemiliknya..

lemahnya aku seorang manusia
tidak mampu untuk mengingati
melainkan apa yang dikehendakiNya..

namun, ku yakin, dengan amat sangat
meski ku tidak mampu untuk mengingati
ku seakan merasai, mengalirnya roh perjuangan itu dalam dirimu..

perjuangan mengumpul bekalmu di dunia,
bekal untukmu di alam sana,
yang kekal abadi, buat selamanya..

ku jua, ingin,
berjuang sebagaimana dirimu,
kerana jauh di sudut hati, ada bisikan..
aku anak pejuang..

sungguh, hari ini anak kecilmu redha..
kerana, tidak ada keadaan yang lebih baik..
dari apa yang ditakdirkan olehNya..

mengingatimu,
mengingatkanku,
aku jua akan pulang..

moga di keheningan pagi Muharram itu,
hijrahmu ke sana, dalam keredhaanNya..
amin..

~2 Muharram 1419H.moga Abah dikumpulkan bersama orang-orang yang dicintaiNya..~



Selamat Tahun Baru, jadikan diri kita lebih baik dan lebih baik..
Menuju redhaNya.. =)

Saturday, December 20, 2008

maafkan

maafkan
tidak mampu untuk tersenyum
tidak mampu untuk menahan
rasa amarah
tidak mampu untuk bersabar

maafkan
mengharapkan senyum itu darimu
mengharapkan amarah itu tiada darimu
mengharapkan kesabaran darimu

maafkan
terluka tanpa sengaja
titis air mata tanpa dipinta
kelemahan diri yang hina

maafkan
kupinta, jangan berputus asa
agar terlerai salah sangka
agar terbina cinta dengan namaNya

maafkan
aku yang lemah
aku yang kerdil
aku yang hina

**************************************************************************************

Assalamualaikum warohmatullah ...
Bismillah ...
wassolatu wassalamu ala rosulillah ...

Benar adik ...
Aku telah pulang.
Dengan syahadah kesyahidan yg masih belum layak untuk aku miliki.
Walau bagaimana ...
terima kasih ...
kerana sudi mengizinkan debu-debu langkah-langkah jihad kalian menyapa tubuhku.

Benar adik ...
dalam keadaan sekeliling menyesakkan ...
membuatkan kita salah tingkah.
Tetapi percayalah ...
tiada keadaan lain yang lebih baik dari ini ...
... dan Allah maha lebih tahu ...
untuk kita lebih tsabat dan istiqamah dalam jalan ini.

Adik ...
Aku yang memohon ampun dan maaf.
Percayalah ...
dan aku yang berjanji ...
... kalian tidak pernah dan tidak akan pernah ada salah terhadapku ...
... atas segala kekurangan dan kelemahan diriku.
Mohon percayalah ...
tidak ada yang aku lakukan dan tidak lakukan ...
melainkan kerana aku terlalu cinta.

Benar adik ...
inilah cerita cinta kita ...
sejarah akan merakamkan ...
dan biarkan mereka membacanya ...
semoga akan ada pengajaran untuk semua ...
dan pasti akan ada pahala yang akan mengalir percuma untuk kita.
Yang ...
... kita yang pernah senyum tertawa dan kemudian bermasam muka.
... kita yang pernah bercerita ria dan kemudian bertelingkah murka.
... kita yang pernah bergembira ria dan kemudian bermuram durja.
... kita yang pernah berpelukan sayang dan kemudian membeku menahan dendam.
... kita yang pernah bertemu girang dan kemudian bertemu segan entah malu.
... hati-hati kita yang pernah bergetar rindu dan kemudian bergemuruh resah.
Hanya kerana ...
ada cinta di antara kita.

Adik ...
di sela kesempatan dan masa ...
... aku yang berjanji akan berjuang untuk itu ...
dan Allah pasti akan membantu.

*http://aatdiff.blogspot.com

**************************************************************************************

Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang berada di sisi Nabi s.a.w., lalu ada seorang lelaki lain berjalan melaluinya, lalu orang yang di dekat beliau berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya mencintai orang ini." Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah engkau sudah memberitahukan padanya tentang itu?" Ia menjawab: "Tidak - belum saya beritahukan." Nabi s.a.w. bersabda: "Beritahukanlah padanya." Orang yang bersama beliau s.a.w. lalu menyusul orang yang melaluinya tadi, lalu berkata: "Sesungguhnya saya mencintaimu." Orang itu lalu menjawab: "Engkau juga dicintai oleh Allah yang kerana Allah itulah engkau mencintai aku."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

penyesalan..?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu.
Di kala hati berbolak-balik diuji dengan ujian sehari-hari, masih berusaha untuk kembali padaNya.
Ya Allah, jangan palingkan hatiku dari kebenaran, setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku..

****************************************************************************************

"Hm..lagi satu markah je untuk dapat avtomat (lulus tanpa menduduki final exam)..Sayangnya.."
Muhasabah kembali, saya perlu melipat gandakan usaha. Saya perlu memperbaiki kelemahan. Menyesal atau tidak, itu bukan menjadi persoalan sebenarnya..

Bagaikan ada chemistry, saya menoleh pada sahabat di sebelah, seolah-olah kami sedang memikirkan perkara yang sama..

" Sekarang, kalau tak cukup points, kita masih ada peluang untuk memperbaiki mana yang kurang, masih ada peluang untuk dapat keputusan terbaik masa final exam nanti..Menyesal, if only I work harder.. Tapi.."

" Kalau kat sana nanti, kita tak cukup 'points' yang melayakkan kita masuk syurga, kita takleh nak patah balik dah. Nak menyesal pun tak guna. Dah takde peluang untuk taat, untuk buat baik.." saya mencelah.

Sangat cantik aturanNya, saya baru mentadabur ayat di dalam surah an-Nur..25:27-29

" Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, "Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku), sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (al-Quran) ketika (al-Quran) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang pengkhianat manusia."

Ya Allah, aku hanya mampu berusaha semampuku.
Ketentuan itu milikMu..
Dengan rahmat dan kasih sayangMu..

Kerana itu, saat ini, kejarlah cintaNya sedaya kita..

**************************************************************************************

Alhamdulillah ada kelapangan masa yang diberikanNya untuk melakukan sedikit revision sebagai persediaan menghadapi final exam semester ini..

Sedang leka membaca, tiba-tiba saya terfikirkan sesuatu..

Semasa saya membaca material yang sama sebelum ini, agak sukar untuk saya memahami topik-topik yang diajar. Sukar untuk mengaitkannya antara satu sama lain. Tetapi kali ini, tidak terlalu sukar buat saya, kerana saya dapat membayangkan apa yang bakal diperkatakan dalam topik-topik yang seterusnya, dan dapat mengaitkan aplikasinya, dalam membantu untuk memahami material-material yang seterusnya.

Terus saya teringatkan Muqadimah Fi Zilalil Quran (Hidup Di bawah Bayangan Al Quran) karangan Asy-Syahid Sayyid Qutub..Di dalam muqadimahnya, dijelaskan apa yang cuba disampaikan di dalam tafsirnya, agar para pembaca sentiasa dapat mengaitkan point-point yang disampaikan..Memudahkan kita untuk memahami apa yang cuba disampaikan secara keseluruhannya..

Al-Quran..saya suka dengan analogi, bagai suatu puzzle.
Setiap ayat di dalamnya adalah kepingan puzzle yang perlu kita cantumkan agar mendapat suatu gambaran yang jelas dan nyata..

Kadang2 sebak. Memikirkan diri yang masih belum menjadikan Al Quran itu panduan yang sebenar-benarnya.

**************************************************************************************

"Hari ni saya rasa tak best. Rasa cam ada war kat dalam diri sendiri. Hari ni rasa macam jahat sangat."

Adakalanya diuji dalam bentuk yang sebegini. Adakalanya dibayangi kesalahan-kesalahan hari semalam, ada masanya seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang telah terjadi. Hampir berputus asa untuk meneruskan usaha memperbaiki diri, kerana gagal menghapuskan sisa-sisa jahiliyah sepenuhnya. Na'uzubillah minzalik..

Kadang2 takut. Rasa tidak layak, tidak terpilih untuk meneruskan usaha ini.

Rasa tidak layak itu perlu, tetapi apabila rasa tidak layak itu membawa sehingga kita meninggalkan kebenaran, hati-hati..itu strategi musuh kita, yang tidak pernah henti-henti cuba menyesatkan manusia..


Saya membuka Inbox messages, tersimpan satu message dari seorang sister [yang saya sayangi.. :) ], yang tidak jemu memberikan cebisan demi cebisan nasihat buat diri yang terlalu banyak kelemahan ini..

"Allah knows what's the best for us. Yakin dengan seyakinnya terhadap qadar Allah. And ingat yang syaitan pandai melemahkan kita. dia buat kita rasa nak quit dengan membuatkan kita rasa tak layak. hinggakan kita rasa memang betul tak layak n rasa macam the right decision is quit. tu kerja syaitan. so kuatkan hati n doa banyak2 supaya Allah teguhkan hati kita. supaya kita tak rasa don and inferior. Allah takkan bebankan kita dengan yang kita tak mampu."

*************************************************************************************

Tiga situasi yang berbeza, tetapi memberi pengajaran yang tersendiri.
Terlalu banyak yang saya fikirkan, terasa seperti ingin memberitahu segala-galanya.
Teringat, suatu hari pernah saya berbual dengan abang saya..

"Akak tak rasa ke perempuan ni kan, kalau ada apa2, mesti rasa nak gak cerita kat seseorang. Pastu kalau laki lain pulak, selalunya diam jah, tapi cari alternatif lain. Macam pergi main game, pancing ikan ke, buat apa2lah..untuk kind of releasekan stress tu"

"Ye ke?Entahlah..tak perasan pulak..huhu", balas saya ringkas.

Ketepikan soal lelaki atau perempuan.
Manusia, fitrahnya memang lemah.. Ya, bila ujian demi ujian yang diberi sehari-hari, adakalanya kita rasa tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri. Terasa ingin diceritakan segala-galanya.

Soalnya, pada siapa?

Ia subjektif. Terpulang pada masing-masing. Tetapi, yang ingin saya katakan..

Jangan lupa Allah itu ada. Jangan lupa Allah itu satu-satunya tempat kita mohon pertolongan dan perlindungan. Jangan lupa Allah itu Maha Mengetahui. Jangan lupa Allah sentiasa menantikan kita memanggil namaNya. Allah itu yang utama..

Selepas itu, terpulang pada kita, untuk menceritakan atau tidak pada sesama kita, jika ya, sebagai salah satu usaha kita untuk memperbaiki keadaan..bukan untuk berkeluh kesah..kerana berkeluh kesah takkan dapat menghilangkan kesedihan..malah menambahkan penderitaan..

Ceritakan segalanya pada Allah, walau sebenarnya Allah tahu. Allah mahukan kita meminta dariNya. Jangan raguiNya. Jangan sesekali raguiNya.