mari kita duduk sebentar, dan beriman sejenak..
Assalamualaikum..
Syukur saat ini masih diberi peluang untuk bernafas.
Bernafas, dan meneruskan perjalanan tarbiyah kehidupan ini..
Tidak terbilang banyaknya dosa dan kesilapan yang mencemarkan titian hari semalam..
Seketika terasa ingin berputus asa,
Namun Allah dengan sifat ar-RahmanNya seakan lembut memujuk..
keampunanNya jauh lebih besar daripada kesilapan yang kita lakukan..
Hati tersentuh memerhatikan insan-insan pilihanNya..
Insan-insan yang dipilih untuk menerima hidayah dan taufikNya..
Terkedu seketika, kehilangan kata-kata..
Bersyukurkah aku tatkala disapa hidayahNya?
Lupakah aku saat Dia seakan pertama kali hadir dalam hidupku?
Kesibukan dunia menghambatku..
Merampas ketenangan saat aku bertemu hidayahNya..
Hari ini aku tewas..
Tewas dengan fitrah yang aku terlupa..
Fitrah ingin mencintaiNya..ingin dicintaiNya..
Mencari dan terus mencari..
Dengan kasih sayangNya, aku masih dipilih untuk terus berada di sini..
Semoga kita dapat melangkah bersama..
Menuju redha cinta Yang Maha Esa..
Rupanya, jalan tarbiyah ini masih sangat panjang..
3 comments
Permalink1
erm, kenapa rasa macam salah je tajuk tuh. Boleh ker kita beriman sejenak jer? haha, adakah kita kafir pada masa-masa yang lain? Nauzubillahi min zalik.
Apa-apa pun,salam perkenalan.
Permalink2
sudah semestinya tidak..
tajuk tu sbnrnya antara salah satu tajuk di dlm sbuah buku,
yg hendak disampaikan..
24/7 kita ni hamba Allah..semuanya perlu kerana Allah..
tapi kadangkala kita terlupa, terlalai, terleka..
kerana itu, perlu banyak muhasabah..
agar tahu di mana kekurangan,
agar boleh dibaiki
‘beriman sejenak’
maksudnya..ambillah sedikit (yg perlu) masa dalam sehari, untuk muhasabah, utk ‘refresh’ niat, matlamat..
agar tidak lari dari matlamat
agar tidak terkeluar dari ‘track’
ambillah masa, walau sekejap, utk bersama2 dgn org yg kita pcaya dpt bersama2 saling menasihatkan, saling mengingatkan..
apa2 pun, jzkk atas comment
tegur2 lah jika ada yg tsalah.. ^-^
Permalink3
salam,
just nak tambah sbb terjumpa entry ni. kata2 tu adalah ucapan muadz bin jabal.
seperti saudari nazihah ckp itu adalah peringatan untuk org2 beriman untuk meluruskan niat, membetulkan amal dan menilai kembali semuanya.
itu bukanlah tajuk buku, tp sebuah tajuk dari sebuah buku.
Kata2 yg sama juga pernah dicatakan diucap oleh ibnu rawaah kepada abu dardaa’:, katanya “Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolakbalik
daripada isi periuk yang sedang menggelegak”
tidak salah anda kembali beriman sejenak jika anda memang beriman!