hari ini aku yang pilih ^-^
assalamualaikum~
sekarang saya lebih banyak menghabiskan masa membaca daripada menulis..maaf ^-^
ada lagi satu artikel yang ingin dikongsi bersama..
Demipena – Hari Ini Aku Yang Pilih
Saya amat tertarik dengan subtopik yang terakhir~ SIKAP MELIHAT PENGALAMAN LALU..
Mempunyai sikap yang betul dalam melihat pengalaman lalu lebih penting berbanding mencipta pengalaman baru yang lebih baik. Kita mempunyai kawalan terhad terhadap apa yang kita lalui. Tetapi kita mempunyai kawalan penuh terhadap sikap kita. Segalanya bergantung kepada sikap kita untuk melihat pengalaman lalu sebagai tauladan atau perlu diabaikan, sebagai sesuatu yang perlu ditangisi atau sesuatu yang perlu diperbaiki, sebagai sesuatu yang menghantui atau sesuatu yang membimbing. Kita yang memilih, belum terlambat untuk buat pilihan tepat!