suatu penantian
Lewat waktu ini
Aku cuba untuk mengejar kembali
Sinar hidayah yang diberi
Takut untuk kehilangan sekali lagi
Entah bila kan disapa lagi
Kerana itu
Keinginan itu kuketepikan
Meski saat ini jiwaku masih di situ
Demi sebuah kepercayaan
Masih ada harapan buatku
Menyemai benih cintaNYA dalam diriku
Biar jarak dan masa menentukan
Berakhirnya sebuah penantian
Sungguh kupercaya kehendak Tuhan
Biar zahirnya kukebingungan
Moga suatu hari diberi petunjuk jalan
Agar bisa kutemuiNYA dalam keredhaan..
” Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya.” (Al-Insyiqaq 84 : 6)
” Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu..” (Al-Fajr 89 : 27-30)