Friday, October 22, 2010

jika anda bertanya kepada saya..

Agama ini dinamai Islam bukan kerana merujuk pada individu tertentu. Bukan juga kepada bangsa tertentu. Tidak juga kepada mana-mana tempat mahupun masa. Bebas daripada sebarang unsur tertentu. Agama ini dinamai Islam, menunjukkan sifat khas yang dikandung oleh makna “Islam” itu sendiri. Siapa saja yang bersifat sesuai dengan sifat “Islam” itu, maka dia adalah muslim.

Persoalannya, apakah itu “Islam”?

Makna perkataan “Islam” adalah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangannya tanpa bantahan. Dinamai agama ini Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

Hakikatnya, segala yang wujud di alam ini tidak terlepas daripada undang-undang Allah. Matahari, bulan, planet-planet beredar mengikut orbit masing-masing sepertimana yang telah digariskan oleh Allah. Maka, matahari itu muslim. Bulan itu muslim. Planet-planet itu juga muslim. Begitu juga pokok-pokok yang tumbuh apabila disirami air, dibekali dengan baja. Pokok,air dan baja itu yang memainkan peranan masing-masing mengikut aturan Allah itu juga muslim. Gunung ganang yang patuh pada perintah Allah untuk menjadi pasak yang mengukuhkan bumi itu juga muslim.

Dan lihatlah pada diri kita sendiri. Anggota-anggota badan kita juga adalah muslim. Mata digunakan untuk melihat, telinga digunakan untuk mendengar. Sesuai dengan undang-undang Allah. Bukan sebaliknya : mata digunakan untuk mendengar, telinga digunakan untuk melihat.Tidak. Anggota-anggota ini sentiasa patuh pada arahan Allah untuk menjalankan fungsinya. Maka mata itu pun muslim. Telinga itu pun muslim.

Dan ketika kita, manusia menerima untuk patuh kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya, maka itulah dinamakan muslim.

Mungkin ada yang menyangka bahawa Islam ini sifatnya mengongkong, tidak bebas kerana terpaksa tunduk pada sesuatu.

Tetapi ketahuilah bahawa Islam mengajar manusia untuk mengabdikan diri hanya pada Allah, dan bebas merdeka daripada selainnya.

Bebas daripada hawa nafsu sendiri.

Bebas daripada keinginan-keinginan yang tidak pernah puas.

Bebas daripada segala-galanya selain Allah.

Ketundukan, kepatuhan dan pengabdian pada Allah adalah suatu kebebasan mutlak.

Jika ada anggapan bahawa Islam itu hanyalah pada mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji..dan tidak ada kaitan dengan selainnya (pendidikan, ekonomi, perundangan dan lain-lain), maka ia adalah suatu tanggapan yang salah.

Atau jika ada anggapan bahawa Islam itu cukuplah hanya dengan meyakininya di dalam hati, tanpa perlu dizahirkan di luaran, maka ia juga adalah suatu tanggapan yang salah.

Kerana Islam adalah lengkap dan menyeluruh, meliputi semua aspek kehidupan. Diyakini di dalam hati, dizahirkan dengan lisan dan perbuatan.

Al Quran adalah panduan hidup bagi seorang Muslim. Di dalamnya ada perintah solat. Ada perintah untuk berpuasa.

Di dalamnya juga ada perintah untuk menjaga hubungan baik sesama manusia.

Ada perintah untuk mentaati dan menghormati ibu bapa.

Ada perintah untuk jujur di dalam berjual beli.

Ada perintah untuk berusaha bersungguh-sungguh di dalam setiap pekerjaan.

Ada perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah aturkan untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Cantik dan indahnya Islam ketikamana diberikan suatu panduan yang lengkap untuk manusia. Misalnya dalam bab kekeluargaan, Islam bukan sekadar mengajar bagaimana hendak memilih pasangan hidup, tetapi juga diajar dan dipandu sehinggakan jika timbulnya masalah dalam institusi kekeluargaan, diberinya pilihan-pilihan dan jalan keluar mengikut cara yang baik.

Kalimah syahadah adalah pintu masuk seseorang itu ke dalam Islam. Asyhadu al Lailahaillallah wa asyhadu anna Muhammadarrasulullah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Pertamanya adalah mengakui tiada tuhan selain Allah.

Keduanya adalah mengakui Nabi Muhammad itu utusan Allah, yang diutus kepada manusia untuk menjadi role model terbaik kepada manusia.

Mengapa Nabi Muhammad s.a.w yang diutus kepada manusia ini juga seorang manusia? Mudah sahaja. Supaya kita sebagai manusia mudah untuk mencontohi seorang manusia juga. Allah bukan sekadar membekalkan teori melalui Al Quran, tetapi diberi nampak secara praktikalnya dengan lebih terperinci melalui Nabi Muhammad s.a.w.

Dan jika anda menanyakan kepada saya, apakah itu Islam..

Maka jawapan saya..

Inilah Islam..

Yang membebaskan manusia daripada segala-galanya selain Allah.

Suatu kebebasan yang mutlak.

Saturday, October 9, 2010

Bicara syahadah I

Bismillah.

Pesanan pada saya,

ketika kita masih 'mampu' melakukan dosa, maksiat

lihat kembali syahadah kita.

Ya, syahadah kita.

Asyhadual Lailahaillallah. Wa asyhadu annamuhammadarrasulullah.

Aku naik saksi bahawa tiada ilah selain Allah. Dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu rasul Allah.

kalimah yang sepatutnya membawa kita mengabdikan diri pada Allah. pengabdian yang total.

kalimah yang sepatutnya membawa perubahan dalam hidup kita. perubahan yang total.

asasul inqilab.

saya katakan sepatutnya. sepatutnya.

kerana sekarang seolah-olahnya kalimah itu tidak membawa erti apa-apa.

sedangkan syahadah ini adalah segala-galanya.

pesan Allah dan Rasul : ani'budullah..wajtanibutthoghut.

terhenti di sini.

kerana saya tak sanggup.

hati merintih sayu. terluka dengan dosa dan maksiat sendiri.

masih mampu berbuat dosa dan maksiat.

innallahu yuhibbu tawwabin.

innallahu yuhibbu tawwabin.

innallahu yuhibbu tawwabin.

ingin menjadi 'ibadurrahman.

walau diri penuh dosa,noda,kerdil,daif,hina.

sangat ingin.

dan sangat memerlukan rahmat dan kasih sayangNya.

agar segala dosa dosa dan maksiat itu..Allah gantikan dengan pahala pahala dan kebaikan.

sangat perlu.

Wednesday, September 1, 2010

yakin..

bismillahirrahmanirrahim

sudah lama tidak menulis.

sekadar peringatan.

yakin dengan janji Allah.

kena ingat..ketika kita cuba untuk taat pada Allah, Allah akan bantu kita.

yakin dengan Allah. dan jangan ragu-ragu.

lailatul qadar memanggil-manggil

kejarlah

jangan biar kita rugi lagi.

saling mendoakan

dalam doa rabithah kita.

Friday, April 23, 2010

buat para syabab

Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah, peringatan buat para syabab.

Apa Khabar Adik? (blog Bismillah)

Senyum
Senyum
Senyum

Assalamualaikum

Adik,
Hahahahahaha …
Aku lupa adik aku kini sudah semakin dewasa.
Tak aku sangka secepat itu ...
... Allah mencampakkan rasa cinta di hati adik.
Maafkan aku … selama ini, lupa bertanya tentang itu.

Adik,
Bertenanglah … jangan menggelabah …
tonjolkan ketenangan dan ke”gentleman”an adik.
(kalau perempuan ape ek ?)

Adik,
Sejak Allah mencampakkan rasa cinta itu di hati adik.
… dan …
sejak adik sedar kehadiran cinta itu di hati adik.

Pertamanya … ucapkanlah Alhamdulillah.
Itulah fitrah yang suci yang benar ...
... yang Allah berikan pada setiap manusia.
Sekarang adik sudah merasakannya.

Wal’iyazubillah … kalau cinta itu tidak suci ...
... apatah lagi tidak benar.
Na’uzubillahi min zalik.

Adik,
Nah sekarang …. Cabaran utamanya ...
bukan bagaimana hendak menyatakan ...
... rasa cinta itu pada cinta adik.
(Kacang je tu …budak tadika pon boleh buat)

Adik,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah itu tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta itu di hati adik.
Pada masa yang sama …
Allah tidakkan akan meletakkan ...
... cinta yang sama pada yang bukan berhak.

Adik,
Cabaran utamanya sekarang adalah …
bagaimana adik meletakkan cinta itu ...
... setelah Cinta Allah dan Rasul.
Bagaimana adik mendahulukan ...
... Cinta Allah dan Rasul setelah cinta itu.

Adik,
Aku ingatkan …
keinginanmu,
melihat …
bercakap …
bukanlah suatu yang halal kecuali ...
... setelah terjalin ikatan yang sah antara kalian.

Adik,
Ingatlah semua itu adalah larangan Allah.
Cubalah jauhi semuanya.
Waspadalah pada kecemburuan Allah dan Rasul.
Renungi kembali rindu Allah dan Rasul.

Adik,
Bertaqwalah kepada Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik,
Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik.
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu.
Dan Allah juga berkuasa mengubah cinta itu menjadi benci.

Adik,
Ketika adik tahu cinta itu dari Allah.
Ketika adik yakin cinta itu dari Allah.
Kembalikan ia kembali kepada Allah.
Biarlah Allah yang menjaga cinta itu.
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu pada yang berhak.

Adik,
Sirami cinta itu dengan zikir.
Bajai cinta itu dengan Quran.
Bentengi cinta itu dengan istighfar.
Semoga tumbuh pohon sakinah.
Semoga lahir buah mawaddah untuk adik dan juga cinta adik.
Semoga lahir zuriat qurrata a’yun.

Adik,
Aku ceritakan kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki.
Aku ceritakan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita.

Ketika di madinah …
Fatimah berkata kepada Ali,
“Dulu di mekah ada seorang lelaki yang aku sangat cinta padanya.”
Ali berkata kepada Fatimah,
“Lalu, apakah kau menyesal berkahwin dengan aku?”
Fatimah menjawab,
“Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau.”

Adik,
Aku ajarkan satu doa.

ALLAHUMMA INNA NAS_ALUKA HUBBAKA
WA HUBBA MAY_YUHIBBUKA
WA HUBBA AMALIN YAQORRIBUNA ILA HUBBIKA.

Ya allah aku mohon cintaMu,
Dan cinta orang orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.

Allahumma innaka ta’lam tsummallahumma_ghfirr.

Wednesday, March 31, 2010

bahasa hikmah Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Allah, keluarkan segala syaitan yang berada dalam diri, yang berlegar-legar di sekeliling

Jauhkan makhluk-makhlukMu itu dariku

Allah, singkirkan sifat-sifat mazmumah yang masih melekat pada jiwaku

Sejak kelmarin, semalam dan hari ini..jujurnya hati tidak tenang

Entah apa yang sedang Allah rancang

Hanya beberapa saat sebelum melangkah kaki keluar dari bilik untuk menuju ke kelas..

Saya dapat berita itu. Dengan izin dan kuasa Allah.

Sedang cuba membaca bahasa hikmah Allah.

Allah, bimbing kami.

Hari ini saya dapat warkah dari seorang sahabat.

Kelihatan sepertinya, seperti sama.

Jazakillahu khair.

Moga ada manfaat untuk kita semua.

Hari ini hari selasa, 30 Mac 2010..
The mourning day..
Lagi beberapa jam akan cukup sehari selepas the bombing.
Nadi ini masih berdenyut
Proses inhalation dan exhalation masih berlaku seperti normal
Sesungguhnya saya tak tahu nak berperasaan bagaimana
Takut? Tidak.. bukan itu yg saya rasa.
Gembira? Bukan itu juga yang saya rasa.
Relieve? Tidak juga
Tapi.. perasaan ini terlalu bercampur aduk..


Pada 28 hb, saya menaiki metro.
Sewaktu itu otak saya ligat berputar, berfikir tentang kehidupan
Kehidupan yang terlalu banyak warnanya,
Terlalu banyak melibatkan emosi
Terlalu banyak melibatkan komitmen,
Dan apabila ada komitmen.. pasti ada pengorbanan.


Saya tak tahu...

Its actually a series of events

Ketika dalam metro tersebut, di hadapan saya duduknya seorang wanita tua,
Yang sedang tekun..
Sepertimana yang biasa kita lihat, Muscovite sering tekun membaca dlm metro..
Namun, kali ini, dia bukan tekun membaca
Tapi tekun memotong kain
Tak pasti kain apa.. mungkin seluar, mungkin baju.. dia menggunakan gunting, yang sangat2 tumpul.. terfikir, kalau saya, sure dah give up da tu. Cari je gunting lain.. banyak lagi gunting yang boleh didapati.. kalau bukan saya punya, saya boleh pinjam dari orang lain. Tapi tidak bagi dia.


Tidak... Dia tak punya pilihan. Itu saja gunting yang dia ada. Dan kenapa perlu sangat dia gunting cebisan kain tersebut ? Oh, rupa-rupanya kakinya kesejukan. Dia telah menanggalkan bootnya yang mungkin telah basah lencun dek kerana salji yang telah mencair dan menyebabkan seluruh jalan lecak. Lalu, kain yang telah digunting dgn bersusah payah tersebut disarungkan ke kakinya.. Kemudian dipotong lagi kain tersebut utk kaki yang satu lagi. Entah dari mana dia dapat kain itu.. saya pun tak tahu. Tapi di situ ada 2-3 helai baju yang kusam2 dilonggokkan sekali. Kelihatan seperti kain2 tersebut adalah kain terbuang yang dikutipnya. Proses menggunting itu pun nampak terlalu sukar. Kerana gunting tersebut sungguh2 tumpul ! namun dia tetap meneruskan pekerjaannya tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Saya memerhati setiap gerak gerinya, setiap keadaannya. Ikutkan hati, mahu sahaja pergi dari situ kerana baunya yang kurang menyenangkan. Ikutkan hati mahu sahaja tutup mata. Tapi.. hati saya.. saya tak tahu mahu berperasaan bagaimana. Di sebalik rasa kurang senang tersebut, terselit rasa kasihan. Terselit 1001 kesyukuran atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada saya.. Yang mungkin telah saya abaikan dan tidak syukuri.

Perempuan itu bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupannya. Despite of keadaannya yang mungkin homeless, tak punya apa2..

Sedangkan saya? Saya pernah berharap agar nyawa saya diambil, dan tempat saya yang punya segala macam nikmat ini diberikan kepada seseorang yang akan lebih menghargainya.. Astaghfirullahal’azim.. Na’uzubillahiminzalik. Saya pernah meminta agar orang2 miskin tersebut mengambil tempat saya, kerana mungkin mereka lebih menghargainya. Tapi, adakah benar saya akan lebih bersyukur sekiranya saya berada di tempat mereka? Saya tak pernah tahu. Dan ketika melihat nenek tersebut mungkin hati saya sendiri berdoa agar tidak jatuh kepada keadaan seperti nenek tersebut. Tapi, walau macammana pun...

Setiap keadaan yang Allah berikan kepada kita, adalah yang terbaik buat diri kita supaya kita lebih dekat kepada Dia. Mungkin kalau diberikan sesuatu ujian yang lebih berat kepada seseorang itu, dia tidak akan mampu memikulnya lalu membunuh diri.”

Wallahua’lam. Saya tak pernah tahu apa yang Allah takdirkan utk saya selepas ini. Tapi, saya tahu bahawa Allah itu maha penyayang. Dia takkan menzalimi hamba-hambaNya. Pengeboman itu juga tidak akan berlaku tanpa keizinanNya. Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Dia telah mentakdirkan atas ilmuNya bahawa train tersebut meletup. Dan Dia telah takdirkan bahawa tiada seorang pun pelajar malaysia yang terkorban dalam insiden tersebut. Boleh jadi sahaja seorang dari kami terkorban, dan boleh jadi sahaja utk saya sendiri terkorban. Namun, Allah telah tetapkan. Belum sampai masanya. Dia masih lagi memberikan peluang utk kita hidup, utk kita pulang kepadaNya.

Ya, kehidupan itu adalah sesuatu yang amat singkat. Life is short! Jadi bagaimana kita memanfaatkannya? Adakah telah kita gunakan ni’mat yg diberi dengan sebaiknya? Ataukah kita kufur ni’mat? Diberi peluang utk belajar, diberikan duit utk dibelanjakan, tempat tinggal yang selesa, makan minum yang terjaga, pakaian yang memelihara tubuh dari kesejukan, kesihatan utk melaksanakan perintahNya.. (tidak seperti nenek yang terpaksa bersusah payah utk teruskan kehidupan tersebut) Bagaimanakah kita manfaatkan ni’mat2 tersebut? Adakah kita bersyukur? Adakah kita telah manifestasikan kesyukuran tersebut??  Adakah kita masih lagi mahu meneruskan kehidupan seperti biasa yang lalai dari mengingatiNya? Adakah telah cukup bekalan kita untuk ke sana? Adakah kematian itu boleh dielakkan apabila Dia telah tuliskan waktu dan tempatnya bagi ajal menjelma? Sedangkan ketika tidur mahupun makan, mahupun minum, nyawa kita boleh diambil. Tak perlu letupan.. Cukup dengan perintah Allah. Kun, fayakun! Maka nyawa kita akan pergi... Di saat itu, penyesalan sudah tidak bermakna lagi. Di saat itu, pintalah walau sebagaimanapun, namun kita tetap tidak akan dapat pulang kepada kehidupan utk membetulkan kembali kesilapan2 kita. Mahukah kita menjadi seseorang yang begitu? Mahukah kita utk menghadap mahkamah pembicaraan dgn keadaan yang sebegini? Yang masih banyak jahiliyahnya, masih banyak dosanya, masih banyak buruk sangkanya, ujubnya, takabburnya... Mahukah?? dan juga.. masih banyak lagi haq dan tanggungjawab yang belum kita tunaikan. Mahukah nanti kita dipersoalkan atas segala tanggungjawab2 tersebut sedangkan kita terkapai2 mencari alasan yang tidak mungkin utk diterima. Mahu menipu yang maha tahu? Lucunya... lucunya keadaan seorang hamba yang begitu.




Allah, segala kejadian itu dengan keizinanMu.

Allah, ajari kami bahasa hikmahMu.